Di suatu petang beberapa minggu lepas, lebih kurang pukul 6 setengah, pergi ke sebuah kedai makan. Duduk sekejap. Pesan nasi paprik campur.
Makanan tiba-makan. Sedang makan, datang seorang pakcik. Dia duduk di meja yang sama dengan aku tetapi di hujung sedikit. Dia memakai baju t putih dan seluar slack hitam serta membawa sebuah beg plastik merah yang seperti berisi beberapa helai pakaian. Begitu bersederhana. Dia meminum air kosong sahaja. Aku hanya memandangnya dari ekor mata.
Kemudian, dia menyapa. Aku tersenyum dan mula memperlahankan sesi makan aku. Pakcik ini begitu sukar diteka sama ada berbangsa Melayu atau Cina. Umurnya? Mungkin hampir 60an.
Dia mula berbual. Dia bertanya.
Umur berapa? 25?
Tak, aku geleng kepala.
28?
Lebih sikit…
30 lebih?
Ya, 30 lebih
Dia tersenyum. Aku pun. Kemudian dia mula bercerita. Mula-mula berbicara pasal kesihatan. Katanya, dia suka mandi malam-malam pukul 2-3 pagi. Orang kata dia gila. Namun, dia tak ada masalah. Badan pun sihat. Jangan hisap rokok, tambahnya.
Dia memandang tepat ke arah aku. Katanya:
Saya umur 64 tahun sekarang.
Soalan pertama terjawab, dia lebih berusia dari apa yang aku sangkakan.
Kemudian dia kata ibunya meninggal dunia pada usia 88 tahun. Itupun, sebab sakit selepas terjatuh dari katil yang tinggi. Bukan sebab kesihatan. Manakala bapanya berusia 90 tahun tetapi tidak dinyatakan sama ada masih hidup atau tidak.
Aku angguk saja.
Kemudian, perbualan kami meleret ke cerita politik tanah air. Hmm…boleh tahan cerita-ceritanya. Macam, kisah seorang ‘orang besar bedah lutut’ kerana suka …anda fikir sendiri! Sensitif! Kemudian kisah Malaysia ini banyak sultan, kisah dua orang Melayu pengerusi syarikat ‘cepat kaya risiko tinggi’, kisah ‘orang besar pinjam duit juta-juta dari bank tapi…’. Topik makin panas. Suaranya kuat juga. Dia turut menyentuh mengenai masalah moral dll.
Di tahap ini aku pun rasa sikit kurang syok kerana:
1. Baru kenal dia, entah siapa dia sebenarnya. Intelligensia? Tapi dia sudah berumur…
2. Orang-orang di sekeliling (meja dekat-dekat). Yang aku perasan, satu pasangan muda yang aweknya isap rokok yang sebelum ini rancak berborak, sudah tidak berborak langsung dengan si lelaki mengalih-alih kepalanya menjeling ke meja kami.
3. Topik panas!!! Di tempat yang terbuka.
Suatu yang menarik, pakcik ini menggunakan ayat dalam bahasa Malaysia yang bagus dengan fasih, kalau dia berbangsa Cina. Macam Ong Tee Keat. Serta diselang-selikan dengan ayat-ayat di dalam bahasa Inggeris, yang juga bagus dan tidak sepadan dengan penampilannya yang begitu bersahaja. Serta tidak terdengar slang negeri-negeri apa untuk memberi bayangan dia dari daerah mana.
Mukanya? Aku masih meneka di dalam hati, apa bangsanya.
Masa berlalu,aku teruskan berborak. Hampir setengah jam. Sudah maghrib. Aku minta diri beredar. Dia angguk-angguk kepala. Namun, dia sempat minta nombor telefon aku.
“Kalau nak jumpa lagi boleh,nantilah,” aku kata.
“Boleh, saya selalu makan mee siam kat kedai depan tu,” katanya pula.
Dia membuat miss call ke telefon aku. Seketika, nombornya terpampang di skrin telefon aku. Dia meminta tengok.Aku tunjuk. Ada, dia tersenyum.
“Saya Ismail,” katanya.
Adakah ini menjawab apa bangsanya? Merenung muka poker-facenya. Aku masih tidak pasti. Kami berpisah. Mungkin akan berjumpa lagi selepas ini. Mungkin juga tidak.
Sebenarnya, sekali-sekala, ketika duduk sorang-sorang di tempat awam sebegini, aku akan melalui pengalaman seperti ini- disapa oleh seseorang dan berborak topik-topik yang begitu menarik. Dulu, dalam bas ekspres-malam, duduk di sebelah seorang penulis. Borak macam-macam. Kemudian, di kedai kopi kecil belakang kok motor jalan tun razak-ada sorang pakcik juga datang berborak macam-macam. Terjadi juga beberapa kali lagi di lokasi yang lain. Boleh aku katakan mungkin dalam setahun, paling banyak dua kali.
Deja-vu?
Mungkin pasal sama-sama tidak kenal, maka kita bebas untuk berbual. Selepas itu, pasti tidak akan berjumpa lagi sampai bila-bila…dan hidup pun diteruskan
Sunday, December 27, 2009
Saturday, December 5, 2009
10 minit yang panjang
(ini cerita minggu lepas)
Mungkin pagi Jumaat ialah satu hari yang baik.
Mahu balik kampung, sempena raya haji. Macam biasa, aku suka bertolak selepas subuh, lebih kurang pukul 7 lebih. Nak keluar awal sangat, cuak juga, gelap lagi. Pandan Indah ini kawasan yang kadar jenayahnya tinggi. Jadi, kenalah tunggu cerah sikit. Beringat, walau wajah-wajah kaum keluarga di sana sudah terbayang-bayang.
Bila guna lebuhraya, selalunya pit-stop ialah di r dan r Tapah atau Kuala Kangsar (KK). Kali ini, memilih KK. Oleh kerana tak bawa laju sangat (lebih kurang 100km/j), maka sampai di situ tidak silap dalam pukul sepuluh.
Terus ke tempat makan. Duduk. Belum pesan makan / minum. Pergi ke tandas sebentar. Keluar balik. Tiba-tiba,ternampak-the one and only, En. Hassan Muthalib. Hari ini mesti hari yang baik.
Sudah lebih dua tahun tidak berjumpa dengannya live. Aku segera mengambil tempat disebelahnya. Dia sedang duduk bersama isterinya-kak Noriah. Dia hanya minum teh tarik, kalau tak silap. Macam biasa, dari segi berpakaian, dia memang begitu bersederhana. Namun, mendengar dia bercakap, hmm…
Soalan pertama dia ialah-“hang buat apa sekarang?”. “Jual buku saja la, che’ Hassan.
Aku pula tanya “che Hassan nak pi mana ni?” “Nak balik Perlis sat. Ni pun petang ni kena hantar satu paper.”
Ohh…
Sejak pertama kali berjumpa che’ Hassan hampir sepuluh tahun lalu, sehinggalah ke pertemuan di r dan r KK ini, bagi aku dia tidak pernah berubah dari segi penampilannya. Macam kali ini, dia santai hanya berbaju t leher bulat dan berseluar slack.
Kalau ilmunya? Tentulah semakin bertambah.
Dia sempat bercerita sedikit akan filem Man Laksa. Memberi komen tentang beberapa babak yang (mungkin) baginya begitu bermakna.
“Tu, yang (babak) last sekali turun dari langit tu…” aku saja menambah komen.
Dia hanya tersenyum kecil. Kita akan tahu bila dia hendak mengutarakan sesuatu fakta, dia akan terdiam sebentar, raut wajahnya jelas kelihatan seolah-olah sedang menyusun ayat-ayat. Dengan sedikit serius, dia akan memberikan pendapatnya disebalik matanya yang agak terlindung di bawah cermin matanya. Sambil gelak-gelak, setiap katanya penuh makna. Tidak berubah, walau sampai bila-bila pun.
Dan, kalau dia hanya berbual-bual kosong, lain gayanya...
Walau pertemuan ini, sekejap sahaja-mungkin sekitar 10 minit, aku sangat menghargainya. Akan dikenang sampai bila-bila, Berjumpanya, membuatkan semangat untuk menyumbang sesuatu yang bermakna, kepada industri filem kita, kembali berkobar-kobar…
Benarlah, hari Jumaat ini satu hari yang baik.

Tuesday, November 10, 2009
Siri Lama III
Kita Semua Orang Malaysia, kan…

Restoran mamak ini penuh dengan manusia-manusia kota sedang bersarapan sebelum memulakan rutin harian. Suasana tenang walau agak riuh rendah. Perut yang lapar mesti diisi sebelum hari dimulakan. Tiba-tiba beberapa pemuda mula berbisik sesama sendiri, sambil mata menjeling-jeling ke hadapan. Seorang jelitawan ala-ala Eva Green atau persis a young Ramona Rahman muncul mengejut di hadapan restoran. Tenang, dia memilih untuk duduk di satu sudut di restoran itu.
Auranya dirasai ke segenap penjuru. Ramai yang mencuri pandang seraut wajah jelitanya. Benar-benar jelita. Tidak berkelip sang teruna memandang. Awas, jangan sampai kuah roti canai itu tertumpah ke seluar pula. Si Jelita sedang bersarapan bersama seorang jejaka yang tidak kurang tampannya cuma kelihatannya si jejaka seperti tidak gemarkan segala perhatian itu. Adalah sebabnya. Namun itulah harga yang mesti dibayar jika bertemankan si dia yang anggun walau berpakaian ringkas. Seperti seorang model profesional, hanya mengenakan makeup nipis, masih kelihatan begitu menawan.
Antara Modeling dan Lakonan
Selebriti kolum kali ini bernama Julia Ziegler, 22 tahun. Dia dilahir dan dibesarkan di Malaysia, jadi tidak hairanlah dia sangat fasih berbahasa Malaysia tanpa sedikit slanga Amerika dapat dikesan walau bapanya berdarah Amerika dan Jerman. Atau fakta bahawa dia sedang belajar di Amerika Syarikat sekarang. Jika tidak dipandang ke wajahnya ketika bercakap mungkin kita tidak menyangkakan tuan empunya wajah ini tidak sedikit pun mempunyai wajah keMalaysiaan. Ibunya pula berdarah Melayu dan Jawa.
Menurut Julia, buat masa ini dia terlibat dalam dua bidang iaitu sebagai pelakon dan model-komersial dan catwalk, sesuai dengan ketinggiannya-5’8” dan mempunyai berat badan seimbang, 50kg. Model, tentulah amat perlu mempunyai that model look buat menyarung sebarang pakaian untuk diperagakan. Menurut Julia, adik lelakinya, Bob Jeffry yang muda setahun darinya juga terlibat dalam bidang lakonan. Selain itu dia mempunyai dua orang kakak.
Bagaimana langkah awal Julia dalam bidang modeling? “Pada mulanya, seorang talent agent yang berusaha memperkenalkan saya kepada para kenalannya. Jadi dari situlah saya mula mendapat banyak tawaran menjadi model. Pastinya seorang talent agent yang bagus Bagi yang kurang memahami, selalunya talent agent akan mencari tawaran kerja untuk client dan jika diterima menjadi model komersial dan catwalk maka dia akan mengenakan sedikit bayaran, tidak melebihi 20 peratus dari jumlah bayaran. Menurut Julia dia tidak terikat dengan mana-mana agensi setakat ini dan lebih selesa bergerak secara freelance dan secara peribadi meminati dua model terkenal-Soraya Dean dan Naomi Campbell.
Langkah dibidang lakonan pula bagaimana terlibat? “Melaluinya (bidang modelling) saya mula dikenali dan mendapat satu tawaran drama dan seterusnya, terkini, filem bertajuk Kayangan, diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin. Ditanya pelakon yang diminatinya, pantas dia menyebut nama Rosyam Noor, Erra Fazira, Afdlin Shauki, Nicole Kidman, Angelina Jolie dan Tom Hanks. Berbicara mengenai dunia filem, dia gemarkan filem bercorak romantik komedi. Bayangkan dia berlakon filem seperti You Got Mail, lakonan Meg Ryan, tentunya begitu serasi dengan wajahnya dan juga personalitinya. Mungkin ada produser filem tempatan yang berminat melamarnya?
Setelah berpeluang mendapat tempat berlakon di dunia lakonan, apa pula impian Julia seterusnya dibidang ini? Sambil tertawa kecil dia berkata “Sebenarnya memang saya mempunyai satu impian. Jika boleh saya ingin memegang peranan sebagai salah seorang Bond Girls!” katanya bersemangat. “Saya sangat tertarik memandangkan selalunya filem James Bond banyak melibatkan aksi lasak jadi sesuai dengan saya yang turut menggemari aksi lasak,” katanya lagi yang pernah membintangi teater M! The Opera.
Teruna yang sedang memandang, awas, si jelita yang walau nampak begitu menawan, sebenarnya berjiwa agresif, malah mungkin lebih lasak dari apa yang anda fikirkan. Julia juga aktif bersukan seperti bolakeranjang, berenang, pool, netball, futsal, jungle tracking dan bercadang untuk mempelajari yoga pula selepas ini. Mengenai impian Bond Girlnya, baguslah, ada rakyat Malaysia lain selepas Michelle Yeoh berpeluang beraksi bersama karakter agen 007. Impian untuk dicapai menjadikan hidup kita lebih mencabar dan bermakna.
Siapa Pilihan Hatimu
Soalan yang mungkin membuatkan kuah roti canai si teruna benar-benar akan tertumpah jika jawapannya tidak disenanginya. Tahan nafas anda-Julia, anda sudah berpunya? “Sebenarnya sebelum ini saya pernah berhubungan dengan seseorang namun tidaklah benar-benar serius,” katanya. Si teruna menghela nafas lega. Kuah roti ranai tidak tertumpah.“Kini sebenarnya saya meminati seseorang, tapi boleh dikatakan hubungan kami diperingkat bersahabat biasa sahaja,” sambungnya tersenyum manis.
Jadinya, mungkin boleh berkongsi bersama ciri-ciri lelaki idaman? “Bagi saya yang penting, dia mestilah penyayang, sangat memahami dan sedap mata memandang.” Tidak sempat disuruh memberitahu lebih lanjut, kali ini sambil tergelak dia mengatakan “Ala-ala lelaki Melayu terakhirlah.” Saya turut tergelak namun seriously, wujudkah lagi spesis lelaki Melayu terakhir ini, apatah lagi di kota-kota besar. Mungkin satu dalam sejuta ya Julia, tidak hanya watak khayalan di dalam filem-filem romantik, mungkin juga dia berada benar-benar berada berhampiranmu namun terlindung di sebalik arca-arca itu.
Ada lagi cirinya, kata Julia dan yang ini ialah ciri yang istimewa. Anda juga mungkin terperanjat jika tahu inilah yang digemarinya. “Dia mestilah kuat makan sebab saya gemar memasak,” sambungnya sambil masih tergelak besar. Wah, lelaki Melayu terakhir idamannya mestilah seorang yang gemar mengunyah orangnya, ada sesiapa yang begitu?
Perkahwinan Idaman
Diajak berbual mengenai impian perkahwinannya, dia menegaskan ia tidaklah terlalu luar biasa, mungkin jika boleh dibuat di tepi pantai contohnya seperti di pulau-pulau percutian di Malaysia. Atau dilangsungkan sahaja di hotel-hotel. “Tetapi emak saya lebih suka jika dapat dilangsungkan di rumah sahaja,” katanya lagi . Jika boleh mungkin akan berseri-seri dengan diletakkan bunga putih, ala-ala kayangan gitu, impiannya yang meletakkan sasaran berumur 26 ke atas jika benar-benar hendak mendirikan rumahtangga, kata gadis yang dilahirkan pada 21 Mei ini. (Satu soalan, anda rasakan anda lebih sebagai si Gemini atau Taurus?)
Berbicara kembali mengenai kariernya, dia pernah buat membuat catwalk di Singapura dan mengimpikan untuk bekerja (modeling) di Hong Kong pula jika ditawarkan, katanya menutup perbualan.
Wawancara ini selesai sudah, agak pendek berbanding yang lainnya.
Berdasarkan aksi-aksinya ketika memberikan pose untuk jurugambar di studio, dia sangat profesional, semua aksinya berlainan untuk setiap pose yang diminta, begitu lancar dan bergaya sehinggakan jurugambar berpengalaman seperti Ikram pun memuji kelancaran pose-pose dan ekspresi mukanya yang pelbagai. Disuruh beraksi free pose, juga tiada masalah, ada sahaja pose yang diberikannya dalam pelbagai gaya. Non-stop. Malah di pagi penggambaran, dialah orang pertama tiba walau dia sempat mengomel (melalui sms) ketika dalam perjalanan dia mungkin akan lambat tiba kerana kesesakan jalanraya. Maaflah Julia, semuanya dikongsikan bersama pembaca. Namun mereka patut tahu, anda benar-benar profesional ketika bekerja membuatkan sesi penggambaran kali ini antara yang terpantas dapat disudahkan.
Jika anda salah seorang dari pengunjung restoran yang pernah mengalami senario seperti permulaan artikel ini, saya boleh cadangkan satu cara yang sesuai untuk dipraktikkan dari hanya menjeling tajam. Gadis sebenarnya tidak suka diperhatikan sebegitu dengan terlalu lama. Akan timbul pula perasaan tidak senang dihatinya. Jadi, apa kata anda pergi menegurnya, jika mahu. Saya pasti dia sebenarnya sangat peramah orangnya. Dia akan berbual seolah-olah sudah lama mengenali anda dan jangan terkejut, mungkin topik perbualannya akan berkisar tentang makanan kegemarannya seperti teh o ais, air mangga, teh tarik, asam pedas dan belacan, sama seperti kebanyakkan rakyat Malaysia lainnya walau wajahnya jika disolek lengkap, persis Eva Green atau Ramona Rahman di dalam filem Fenomena itu. Looks can be deceiving. Manusia-manusia kota di restoran dan kisah hidup mereka yang pelbagai…Kita semua orang Malaysia, kan..
(nota: artikel asal, lebih panjang, disiarkan di hsp jan 07. Wawancara dibuat di sebuah restoran mamak di bawah studio gambar shooting ini)

Sunday, November 1, 2009
Berita Kurang Baik
Hari jumaat minggu lepas telah pergi ke Gramedia, the mines. Saiznya lebih besar dari di seberang jaya.
Tetapi mengecewakan, kalau anda penggemar buku dari indonesia, sangat sedikit buku dari sana yang dipamerkan. Ambience dan feel keindonesiaan itu tiada di sini. Boleh dikatakan hanya sekitar 30 % jumlah buku dari indonesia kalau dibandingkan dengan gramedia di seberang jaya, pulau pinang. Sebab? Sana lagi dekat dengan Indonesia, maka buku lagi banyak boleh bawa? He..he..entahlah.
kalau nama kedainya bukan Gramedia, ia tiada beza dengan mph, popular dll...

Tuesday, October 27, 2009
Berita Baik
mendapat berita perkara yang ditunggu, dah tiba.
ya, gramedia telah membuka satu lagi cawangan. terbaru, di the mines, seri kembangan, selangor, kelmarin.
mungkin kalau sempat ujung minggu ni nak pergi tengok...

Sunday, October 25, 2009
Siri Lama 11
(artikel asal di majalah hsp,2006)
Ekstremkan Cintamu

Barangkali di suatu petang berhampiran jalanraya di hadapan rumah anda ketika anda sedang bersiap –siap untuk keluar, ternampak seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi sedang memberhentikan motosikalnya, sportbikes 1000cc dari Itali. Anda memerhatikan dengan penuh minat kerana motosikal berwarna merah darah itu sebuah jentera bernilai puluhan ribu ringgit yang eksotik. Dia memakai pakaian lengkap menunggang yang bergaya.
Perlahan-lahan penunggangnya membuka topi keledar penuh mukanya. Dari tepi, kelihatan rambutnya yang panjang, mungkin seorang lagi penyanyi rock itu. Tetapi dia memalingkan mukanya dan wah! seorang wanita jelita rupanya. Dalam kekaguman, anda berfikir, kenapa jika seseorang itu benar-benar meminati sesuatu perkara, mereka sanggup menghabiskan masa, tenaga malah usia untuk sesuatu yang mungkin bagi mereka yang lain, hanyalah aktiviti yang membuang masa.
Individu ini unik dan tidak gentar menongkah arus kehidupan dalam menjadi dirinya yang sebenar Wanita jelita ini juga seorang yang tabah dan sangat aktif di bidang sukan ekstrem. Apa yang tidak pernah dicubanya - pemandu kereta lumba, menunggang superbike, menerokai black water rafting di New Zealand, bungee jumping, wanita pertama Asian mempunyai lesen motorized paragliding, bercita – cita mempunyai lesen memandu pesawat udara, ahli payung terjun, selaman laut dalam, berkemahiran menggunakan senjata api dan sebagainya.
Maka sangat bertepatan dia dipilih sebagai Duta Belia Negara 2003. Berbicara bersama Maznah Zolkifli di kediamannya baru-baru, memberikan sedikit peluang menjengah sebentar ke dunia personaliti sukan ekstrem ini yang juga bergelar anak seni yang aktif, bermula sebagai pembaca intisari rancangan di TV3, kini dia dikenali ramai sebagai pelakon, pengacara dan model komersial
Bagaimana kecenderungan sukan ekstremnya bermula? “Sebenarnya dua perkara yang saya sangat gemar ialah ketinggian dan kelajuan. Semasa kecil, keluarga saya kerap melancung ke luar negara. Melawati taman tema seperti Disneyland adalah satu kemestian. Saya mencuba pelbagai permainan. Antaranya menaiki roller coster yang berkelajuan tinggi, sangat menarik!” Dapat dilihat dari sinar matanya pengalaman itu sentiasa segar di hatinya.
Sambungnya lagi, “Semasa kecil, iaitu sebelum ke kelas mengaji (selepas sekolah) di waktu petang, saya masih sempat membuat beberapa aktiviti lasak. Di sekolah pula, saya sangat aktif di bidang sukan dan olahraga Di tika berusia 16 tahun, saya sudah mencuri-curi membawa kereta milik keluarga. Saya memang bukannya individu yang biasa, rare breed yang suka membuat perkara pelik seperti jika ternampak satu simpulan tali atau kain yang rapi, maka saya akan berusaha merongkainya,” katanya tersenyum.
Maznah pernah menuntut di New Zealand di bidang perakaunan dan negara itu seumpama syurga buatnya kerana faktor geologinya yang sangat sesuai untuk individu yang gemarkan sukan lasak. Katanya, mempunyai empat orang abang dan seorang kakak yang turut berminat dalam bidang sukan dan kompetitif mungkin antara faktor pendorong semangat ekstremnya. Paling tidak pun, dia akan bermain karom bersama keluarganya.
Misteri sudah terungkai. Ratu sukan ekstrem ini memang sedari kecil sangat gemarkan corak kehidupan yang lasak. Natural baginya. Saya pasti ada di antara kita juga yang mempunyai beberapa minat dari dahulu lagi yang tidak pernah ditinggalkan sehingga kini.
Kini Maznah sedang mengusahakan kelabnya, Maznah Extrem Sports (MEXS) yang buat permulaannya dikhususnya untuk golongan remaja peminat motosikal sebagai ahli. Ia sebagai wadah membangunkan belia dari terus-terusan hanyut dengan dunia mereka Mereka diberi peluang menerokai dunia sukan ekstrem yang mungkin sukar dicapai secara individu. Sebagai contoh katanya, bayaran asas untuk scuba driving ialah RM 750.00. Katakan pihaknya berjaya mendapat pembiayaan badan korporat sebanyak 500.00 seorang maka anak-anak muda ini hanya perlu membayar RM 250.00 lagi untuk menyertainya. “Bagi saya, di penghujung semua ini apabila remaja – remaja ini gembira dapat melakukan sesuatu aktiviti itu maka itulah kepuasan tersendiri buat diri saya,” katanya tenang.
Apa agaknya impian sukan ekstrem yang beliau dambaan? “Menerbangkan helikopter.
Membuat terjunan payung terjun dan membuat satu formasi (beramai-ramai) yang cantik di udara, juga menarik. Atau menyelam di Great Barrier Reef, Queensland, Australia yang terkenal itu. Boleh jadi juga berlumba di dalam sebuah Radical Car,” katanya penuh bersemangat. Berapa ramai wanita lain di Malaysia ini yang mempunyai impian sedemikian, saya kurang pasti.
Aktiviti selaman, telah dilakukannya semenjak 1993. Apa yang menariknya ya? “Sebab minat dan saya dapat melihat karakter hidupan laut, seperti pengalaman berhadapan dengan ikan jerung hammer head, cara ia berenang dan bergerak, sangat mengujakan” katanya lagi.
Melihatkan motosikal sportsbike biru di halaman rumahnya, saya bertanyakan akan motorsikal idamannya pula. Katanya, Yamaha YZF-R1 atau yang terkininya Ducati 999. Bukan calang-calangnya dua jentera ini yang diperakui kualitinya di kalangan penggemar motosikal berkuasa tinggi. “Saya tidak minat Titan (motosikal easy rider), kerana ia terlalu perlahan,” katanya berjenaka.

Di sebalik semua ini, diajak berbual mengenai kehidupan dan cinta, pantas suasananya bertukar. Nada suaranya sedikit perlahan. Mengakui dia juga pernah bercinta. “Tapi tentunya cinta di usia remaja dengan sekarang sangat berbeza.” Dengan wajah yang tenang dia melontarkan pengertian seterusnya akan cinta “ia bermula dari hati, tersentuh di hati, ia suatu yang kita kongsikan, ia memberi semangat dan pada masa yang sama menyakitkan,” katanya penuh bermakna. Saya tersenyum seketika kerana walau seseorang yang sentiasa disifatkan sebagai peminat hard-core sukan ekstrem, namun dia mempunyai tafsiran cinta tersendiri yang mendalam.
Saya membiarkan dia terus membicarakan persoalan cinta. Peminat setia Angelina Jolie terdiam seketika sebelum menyambung bait-bait ayatnya “Definasi CINTA bagi saya terbahagi tiga - kepada Allah, kedua kepada orang di dalam hidup kita iaitu keluarga, rakan dan teman teristimewa dan ketiganya kepada diri sendiri. Ia amat penting kerana jika kita ditimpa sesuatu maka pegangan diri kita haruslah kuat,” katanya lagi. Suasana sedikit sepi. Dia memberhentikan perbualan. Saya juga tidak lagi bertanyakan akan hal cinta, ini bukan detik yang sesuai.
Tenang kembali, dia menyambung perbualan “Saya juga mempunyai tiga prinsip di dalam hidup apabila melakukan sesuatu, satu- niat, keduanya yakin (yang kita boleh buat) dan ketiga, ikhlas – bukan hendak menunjuk-nunjuk apabila berbuat sesuatu” katanya
Di tanya pengamatannya akan dunia filem tanahair kini, dia merasa sedikit kesal dengan trend pemilihan pelakon sekarang. “Ada semacam favouritism” katanya tegas.“Di samping itu, saya ternanti-nanti jika ada pengarah filem yang berminat untuk mengarahkan filem aksi yang sebenarnya. Ini penting kerana contohnya untuk babak seorang pemandu kereta lumba, pemandu itu haruslah benar-benar tahu secara teknikal pengendalian kereta itu. Bagi saya kos bukanlah suatu masalah untuk membuatnya,” ulasnya lagi.
Dia yang mempunyai tiga lokasi pilihan iaitu Mekah-untuk ketenangan. “Saya sudah enam kali ke sana, kadang – kadang pergi seorang diri sahaja. Kedua, Itali yang sangat bersejarah dan unik. Ketiganya, Sepanyol yang banyak sunflower itu,” katanya. Namun mungkin dia yang sangat menggemari masakan emaknya, soto ayam, laksa Johor dan milo ini tidak akan dapat melupakan kenangan menyelam di pulau Sipadan, yang sangat menarik dan indah menurutnya.
Perancangan masa depannya tidaklah terlalu rumit. Dia sangat berkeinginan untuk menjadi seorang motivator untuk golongan muda disamping menguruskan syarikat pengurusan majlisnya dengan lebih serius. Bagi si gadis Capricorn yang simple, friendly dan energetik ini, saya percaya semua impian dan perancangannya itu pasti dicapainya.
Banyak lagi yang ingin ditanyakan kepadanya namun dalam ruang waktu yang terbatas maka usai bual bicara santai ini rasanya sudah menemui daerah terangnya. Maznah Zolkfili ialah individu sejati peminat sukan ekstrem berwawasan dan juga seorang anak seni yang akan terus mengabadikan dirinya di bidang yang dicintainya. Noktah.

Sunday, October 11, 2009
Siri Lama 1
Nota-artikel asal (lebih panjang) disiarkan di majalah HSP pada Jan 2007. Mungkin, ini antara beberapa wawancara terakhir sebelum dia dan isterinya‘berhijrah’. Jika ada yang hairan kenapa saya lorat tanya banyak pasal perkahwinannya-itu konsep majalah, bos suruh!! yang bestnya, dia tanya-kau ni, baru grad ke...Hampir 3 tahun kini, kita boleh lihat apa yang dikatakannya di akhir wawancara. Enjoy.
Sebenarnya agak sukar untuk memuatkan walau sebaris ayat ke ruangan ini. Sebabnya, saya ditugaskan menulis cover story berkenaan Suhaimi Abdul Rahman. Siapa? Amy Search. Sukar kerana boleh dikatakan hampir semua orang di Malaysia tahu akan Amy, perjalanan hidup dan dunia muziknya. Peminatnya beratus ribu, populariti lagu Isabella begitu kuat memuncak di tanahair dan juga di Indonesia di awal 90an. Ceritanya saban hari terpampang di akhbar dan majalah.
Lantas, tinggal apa lagi untuk ditulis? Cerita yang berlainan dan tidak pernah diketahui ramai…dan bermulalah misi sukar ini. Cuba mengenali dirinya, membuatkan dia berbicara dan mengorek kisah peribadinya. Dalam masa 30 minit.
Barangkali anda yang normal, lelaki terutamanya dan berusia 30 tahun ke atas, yang melalui zaman rock kapak itu, pasti meminati Amy dan Search serta Awie dan Wings, dua ikon dunia rock tempatan. Anda mungkin mempunyai kesemua albumnya bermula dari Cinta Buatan Malaysia, 1985, terbitan Polygram sehinggalah yang terbaru Gothik Malam Edan, 2006.
Di zaman sekolah, anda yang tinggal di asrama, barangkali pernah memanjat pagar di malam hari, satu lagi misi sukar, mencuri-curi keluar kerana mahu menyaksikan konsert Search di tapak ekspo itu. Tiba di sana anda duduk di barisan hadapan, menyanyi setiap baris lagu Search dengan sepenuh jiwa, head banging sehingga hampir tercabut kepala. Tamatnya konsert, seluruh badan terasa keletihan yang tidak terhingga sehingga hampir ditangkap ketua warden ketika anda memanjat lemah pagar asrama. Namun kepuasan menonton konsert Search di usia belasan tahun itu sentiasa segar di hati, seolah-olah baru berlalu semalam.Malah ada yang masih menyimpan tiket konsertnya sebagai kenangan (saya masih!)
Anda berasakan andalah peminat nombor satu Amy dan Search. Selain itu, kini anda menjadi ahli laman web Search di samping membaca apa jua artikel berkaitan Amy dan Search di majalah dan akhbar. Baguslah. Peminat sejati. Namun, jika anda ditugaskan untuk menemubual Amy, segala kenangan konsert, deretan koleksi album dan semua artikel yang dibaca masih belum mencukupi sebenarnya. Amy yang di hadapan ini lebih human dan profesional serta petah mengutarakan pendapatnya berkenaan dunia hiburan. Memerlukan research yang selengkapnya dibuat sebelum mampu duduk sekali dan berbicara dengannya. Living legend, ikon rock, stylish artiste, master of reinventing himself, daya imaginasi muzik tertinggi, hmm, saya hampir habis ayat untuk mendefinasikan beliau dengan selengkapnya. Misi sukar? mungkin, pada mulanya.
Sejarah Perkenalan
Bagaimana cerita perkenalan Amy dengan isterinya, Norhaniza Hassan atau lebih dikenali sebagai Nourish, 25? “Kami berkenalan lebih kurang 4-5 tahun dahulu,. Saya yang mula mendekatinya. Kami berkenalan, kemudian mengambil keputusan untuk berkahwin,” ceritanya ringkas. Saya merenungnya, seolah memintanya bercerita lebih mendalam tetapi beliau menyandar ke belakang dan berdiam diri sahaja. Sudah tamat cerita, dari bahasa tubuhnya.
Baiklah, soalan kedua. Kenapa you tertarik kepada isteri you ini? “Kerana dia sangat mengambil berat, tentunya. It depends, ia adalah satu situasi give and take.” Jawapan kepada soalan kedua, juga ringkas. Perbualan terhenti. Mungkin dia sedikit kurang selesa bercerita akan hal ini yang mungkin satu perkara yang begitu personal kepadanya. Saya sedikit mati akal untuk mengorek cerita rumahtangganya. Namun, sekurang-kurangnya Amy masih boleh bercerita, walau sedikit. Ada beberapa individu ditanya status mereka, diam terkunci mulut seribu bahasa walau botol susu anak berselerak di tempat duduk belakang kereta.
Masih dipandang Negatif?
Bapa penyayang kepada tiga puteri - Sania Samara, Irisha Myra & Nabila Huda dan seorang putera - Alexander Zulkarnain, ini mula menyanyi dengan serius sudah suku abad lamanya. Namun katanya, masalah penyanyi sepertinya dipandang negatif oleh sesetengah pihak masih terjadi. “Terbaru, perjanjian untuk saya menyanyi di satu tempat dibatalkan betul-betul pada saat terakhir atas alasan jika saya menyanyi maka akan ramailah mat rempit yang datang. Wajahnya kelihatan benar-benar kecewa. Dia memakai cermin mata dan membaca sesuatu dari telefon bimbitnya. Sms agaknya. “ Ya, kata mereka persembahan saya harus dibatalkan.” Mesej itu masih disimpannya dalam telefonnya.“Bagi saya, ini benar-benar satu penghinaan kepada saya dan karier saya. Sekurang-kurangnya Mat Rempit itu datang juga dari tidak berbuat apa-apa. Bagi saya tidak logiklah alasan itu dan menggambarkan tidak matangnya cara mereka berfikir dan membuat keputusan. Band rock khususnya dan industri muzik amnya menggunakan ramai tenaga professional di dalamnya jadi jika ianya disekat maka ramailah orang yang akan hilang sumber pendapatan.Jika hendak selidiklah dan carilah apa sebenarnya yang menyebabkan masalah sosial terjadi ” Panjang lebar komennya.
Segera saya terkenangkan kumpulan muzik Cromok. Kesemua ahlinya mempunyai kerjaya tetap, malah ada yang menjadi arkitek di siang hari, malamnya bermain muzik.
Sambung Amy “Pihak korporat sepatutnya lebih menyokong industri muzik tempatan. Hairannya kalau artis luar, begitu senang mendapat tajaan. Tempatan, mereka begitu skeptikal. Banyak pihak tidak melihat sejarah Search dan pencapaian kami. Search banyak berkorban untuk terus berjuang di dalam industri ini. Untuk berjaya, kita perlu menjadi satu produksi yang bagus, yang benar-benar terperinci dalam melaksanakan sebarang tugas.” katanya. Topik yang panas. Memerlukan satu medium yang lain untuk diperbahaskan.
Pasangan Duet Idaman
Saya cuba mengalih ke topik yang lain, yang kurang panas dan lebih santai. You selalu kelihatan bergaya walau di mana. Apa rahsianya. “Menjadi artis, kita kenalah selalu reinvent diri kita. Selalu membuat rujukan di majalah mesti mengetahui dunai fesyen dengan mendalam. Sekarang ini tidak ada tawaran berlakun filem? “Tawaran itu ada tetapi saya tidaklah terlalu minat hendak berlakun.” Musically, ada apa-apa impian yang teringin untuk dibuat? Dia terdiam sebentar. Berduet dengan artis antarabangsa, umpamanya? “Adalah juga, seperti pernah mengimpikan untuk berduet dengan Freddie Mercury atau Lenny Kravitz.” Impian yang masih boleh dicapai, terutamanya dengan yang masih hidup itu. Perancangan album solo seterusnya? “Mungkin akan dibuat pada tahun ini,” katanya ringkas.
Berbintang Leo, Amy, sepanjang wawancara dan sesi fotografi, tidak jemu-jemu melayan keletah Alexander. Anak lelakinya ini begitu cergas dan bersemangat, hampir semua orang di studio tertarik dengannya. Simbol rock tidak lekang dibuatnya. Rambutnya ala Mohawk dengan kasut yang sepesen seperti Amy. Tentunya Amy yang mencorakkan attitude dan attire Alex. Mungkin, 15 tahun lagi, Alex akan menuruti jejak langkah Amy, tidak mustahilkan.
Melayar Bahtera
Boleh definasikan maksud Harga Sebuah Perkahwinan? “Saya rasa, perkahwinan ialah apabila kita membuat keputusan untuk hidup bersama. Ia macam kita berada di atas sebuah bot. Ia tidak semestinya tenang sepanjang masa. Jadi kenalah kita kemudikan bot supaya ia tidak terbalik. Diakhirnya, semua ini bergantung kepada Tuhan yang menentukannya.”
Saya mendekati Nourish dan bertanya akan karakter suaminya. Katanya, Amy amat mengambil berat dan sangat memahami. Cuma, ada masa-masanya Amy karakternya sedikit pelik. Seniman, tentunya sedikit berbeza dari kebanyakkan orang. Selain itu, Amy ini jenis yang tidak suka keluar rumah dengan tidak tentu pasal, dia lebih suka berada di rumah dan menghiasnya, ceritanya lagi.
Sambungnya, “Kami berdua suka pergi bercuti ke pulau-pulau. Katakan bangun dari tidur dan terfikiran hendak pergi ke destinasi sebegitu, maka kami akan terus merancang perjalanan dan bertolak pergi.”
Semua yang gembira sahaja. Tiada langsung masalah rumahtangga? “Ada!” Nourish terjerit kecil. Namun wajahnya tetap ceria. Saya sedikit hairan. “Kami berdua sangat gemar memasak. Jadinya kadang-kadang kami berdua bertekak sedikit siapa yang patut memasak dan kedua-duanya tidak mahu beralah.” Ohh, itu bukannya masalah rumahtangga namun bukti kerukunan dunia berumahtangga anda berdua. Kalau ada konflik? “Kalau ada bergaduh sedikit-sedikit maka I akan pujuk dia dahulu, lagipun kita orang jarang bergaduh lama-lama, kita seharusnya berfikir dengan bijak,.”
Maka tiba dua tahun lagi
Sedikit klise buat Amy namun sebagai penutup, apa kata-kata terakhir anda untuk peminat? “Untuk semua peminat, saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua sokongan yang diberikan dan juga kepada kepercayaan anda kepada saya. Tunggulah apabila saya mencapai usia 50 tahun maka mungkin anda semua akan dikejutkan dengan sesuatu.” katanya tersenyum kecil.
Apa ya? Mungkin sebuah konsert pada skala terbesar yang boleh menghimpunkan 100 ribu orang? Atau menjadi bapa sekali lagi? Saya tidak tahu, namun kalau konsert pada skala besar itu yang dirancangkan Amy dan Search maka baguslah. Bolehlah anda sama-sama menghubungi teman-teman lama yang sama-sama memanjat pagar asrama dahulu dan kembali menikmati saat-saat the young and the restless anda itu, walau untuk semalam. Tiket konsertnya pula bolehlah diletakkan bersebelahan dengan tiket konsert nostalgia anda dahulu. Ini bukan lagi misi sukar malah mungkin boleh diajak ketua warden zaman sekolah anda datang bersama…
Subscribe to:
Posts (Atom)