Beberapa hari lepas, adalah dikhabarkan seorang aktivis seni tersohor ini telah diarahkan (dengan kasar) untuk memberhentikan kerja seninya yang sedang berlangsung. Ini kerana subjek kerjanya itu dikatakan berkaitan sesuatu yang begitu sensitif, di mata pihak berwajib.
Ini berlaku setelah ia beberapa hari dijalankan, bukan sebelumnya.
Dia yang kecewa, dikhabarkan juga telah meletakkan jawatan dari pusat tempat dia bekerja itu.
Ini cerita sensitif…
Pemerhatian melalui beberapa blog mendapati berita ini adalah benar dan beberapa orang daripada mereka yang terlibat memang kecewa. Tidak kurang juga yang memaki hamun dan marah-marah (berdasar tulisan di blog). Namun, mereka tidak menjelaskan secara terperinci kejadian tersebut.Jadi, orang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
Namun, sebagai seorang pemerhati, komen saya adalah:
1. Apakah maksud subjek yang sensitif. Bagaimana tahapnya, sehingga ke mana ia telah ditafsirkan.
2. Oleh sebab tiada di tempat kejadian, susah mau cerita…
3. Bagaimana kekasaran yang dikhabarkan terjadi itu. Dan kerosakan alatan yang dikatakan. Serta mereka yang dikatakan dihalau keluar dari tempat kejadian dengan serta merta.
4. Kita harus tahu 100 peratus untuk bezakan antara hasil seni, keterbukaan minda kita dan sensitiviti perkara-perkara ‘besar’ kita di sini berbanding masyarakat di luar sana. (barat terutamanya)
Ada sesiapa mahu menjelaskannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment