Kelmarin aku pergi tengok filem Estet. Dalam panggung mungkin ada 7- 8 orang saja menontonnya. Harapan aku tinggi. Sebab, aku jarang tonton filem tempatan kerana malas nak tengok filem tiada originaliti & jatidiri (lumba keretalah, hantulah, inspirasi alice in wonderland-lah), terlalu komersial atau lawak terpaksa untuk memaksa penonton ketawa. Tiga filem terakhir yang aku tonton dipanggung ialah muallaf, sell-out dan talentime.
Aku faham filem Estet ini banyak diinspirasikan dari dunia filem kollywood. Aku tidak berapa arif akannya. Jadi, mungkin beberapa perkara yang diulas ini, sebenarnya semuanya wujud dalam filem-filem kollywood dan ia satu perkara biasa. Jadinya, beberapa perkara / babak yang rasanya boleh dikemaskan, mungkin sebenarnya hanyalah satu lagi aspek tribute filem kollywood itu diwujudkan di Estet.
Beberapa perkara dirasakan lebih ok kalau dibuat berlainan. Aku faham, semua filem ada logiknya yang tersendiri namun perlu juga dikomen.
Antaranya;
Babak flash back, watak soffi jikan-junna bermain bola dengan bapa geeta dan shahsi dahulu (betulkan?). Junaa ketika itu tiada misai dan janggut.Jika tidak silap ia berlaku 20 tahun lepas. Ini berdasarkan pemahaman aku selepas membaca buku untuk filem estet tulisan bro ajami hashim. Kembali ke latar semasa Estet, bapa sashi dan geeta memang nampak sudah berusia-mungkin 50 tahun lebih dan ke atas (bapa sashi terutamanya).
Tetapi junna? Hanya tumbuh misai dan janggut manakala cara berjalan dan bergerak lebih-lebih lagi semasa bermain bola seolah tidak bertambah langsung usianya. Kurang logik. Mungkin kalau watak junnadilakonkan dengan lebih realistik (cara pergerakkannya) kini supaya lebih sepadan dengan time-lapse 20 tahun itu, lebih bagus.
Entahlah. mamat khalid ada jawapannya.
Babak bapa geeta hendak membunuh diri. Dia sudah tercungap-cungap sukar untuk bernafas. Semua orang ayooo terkejut melihatnya namun tidak seorang pun berjaya menyelamatkannya. Seterusnya semua orang terbaring dan terlentang maka siapakah yang menyelamatkan dia yang tergantung itu.
Watak salah seorang pemain bola estet cinta manis yang mungkin berbangsa cina (berdasar wajahnya) kalau dikembangkan mungkin lagiii bagus. Tidaklah ia hanya untuk semata-mata menggambarkan ada tiga kaum utama di situ.
Pengulangan
Babak penulis markah (selepas gol dijaringkan) menulis di papan hijau itu terlalu banyak kali. Sekali atau dua mungkin sudah cukup. Dia juga bias-dari mula hanya berharap pasukan estet cinta manis menang.
Budak kecil pengganti penjaga gol ‘michael jackson’ yang cedera. Budai itu berdiri, bermuka serius dan tidak berbuat apa-apa-hanya memandang/membiarkan bola dijaringkan. Babak ini juga banyak kali.
Banyak babak dan shot close up junna ‘membuat’ muka bengis dan marah. Kita faham dia digambarkan paling jahat dan kejam di dunia estet itu (selain ponniah) namun sudah cukup kalau di-establish-kan / shot muka itu sekali atau dua sahaja.
Pengikut (samseng) pooniah banyak kali sangat buat balik kuang.
Lain-lain
Warna bendera malaysia (dalam bentuk kain yang dijemur-kain untuk apa? Dobi kot?) yang terlalu banyak di permulaan cerita. Mungkin, jika dikurangkan dan terletak ditempat dan babak yang sepatutnya akan lebih ‘bermakna’. Seperti babak ‘tugu negara’ dalam zombie kampung pisang-hanya sekali dalam slow motion namun begitu bererti.
Ada macam digambarkan farid sedikit cemburu bila melihatkan geeta tolong tuangkan air kepada shahsi. Kemudian ada babak geeta memujuk farid. Kemudian mereka menyanyi. Tapi sikit saja babak tarian itu. Jika dilebihkan, banyak tukar baju, banyak lokasi menyanyi dan menari-mungkin lebih sesuai (dalam konteks filem ini), lebih ke-kollywoodan-nya. Selepas itu, sub-plot ini mati begitu sahaja.
Junna menendang bola dengan kencang. Watak ‘michael jackson’ penjaga gol menangkapnya. Pap! Alih-alih bola sudah melekap di tapak tangan atau celah pahanya dan kemudian ditunjukkan hampir keseluruhannya. Namun tidak ditunjukkan pergerakkan bola itu menuju ke penjaga gol. Ini berlaku beberapa kali.
Juga barangkali tiada master-shot keseluruhan ketika permainan berlangsung. Kebanyakkan babak terus seorang pemain bersedia untuk ‘try’ menjaringkan gol, selain banyak shot kublai khan bermain bola (dan pergerakkannya yang?) serta menggeletar seperti seorang ‘insan istimewa’.
Kenapa di pekan kecil yang pastinya hampir dengan estet itu ramai sangat mak nyah ketika babak mereka menunggu pelanggan itu. Untuk sebuah pekan kecil, terasa seperti berada tidak jauh dari chow kit pula.
Kenapa en. yaakop pada satu malam tu ada macam pakai sari?
Rosyam nor dan david arumugam muncul dalam banyak babak. Rasanya, tidaklah perlu mereka dikreditkan sebagai ‘penampilan khas’ jika sebegitu.
Yang buat aku tersenyum sedikit pastinya ketika babak berbual dibawah gambar hakim ‘cokelat hacks’ (siapa tahu dia siapa, boleh belanja makan abc di bugis street). Hmmm...serta plak merah bertulis dirasmikan oleh yb uwei haji shaari itu.
Imaginasi aku berputar-Estetkan seolah tribute filem kollywood. Selalunya ada babak mahkamah dalam filem sebegini. Alangkah dramatiknya kalau ada babak seperti itu dengan en. hakim yang di dalam gambar itu turut berlakun. Babaknya? di mahkamahlah, mana lagi. Kes yang diadili-kes cubaan membunuh shashi dan bapa geeta dengan bom atom itu! Ha! Mungkin mamat khalid tidak seekstrem itu. Ada mahu bikin lagi selepas ini? Estet 2 barangkali boleh dimulakan dengan babak mahkamah ni..
Tapi, aku faham kot kenapa ditiadakan. Lagikan pula-ini malaysia...
Kesimpulannya, dalam banyak-banyak filem dan drama mamat khalid setakat ini, aku paling terkesan dengan zombie kampung pisang. Mungkin apokalip boleh menambah-baik kembali keyakinan aku kepada mamat khalid, dia sesatunya PENGARAH FILEM kita yang tinggal...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment