Wednesday, May 25, 2011

thanks maggot

salam,

ya, sudah jumpa. Ia sentiasa terbayang di ingatan.

dan terfikir kini, selepas arwah Yasmin, siapa yg akan meneruskan perjuangannya?

bukan bikin filem utk satu hari collect satu juta, bukan bikin filem utk menang anugerah tapi bikin filem yg tersendiri,jujur dan indah yang mampu mengangkat maruah filem kita bilamana wujud perjumpaan2 penggiat seni ini.

siapakah yg akan bangun dan berkata-wahai pembikin filem msia-hentikan hanya kini membikin filem hantu syaitan sahaja yg tidak berkesudahan. Atau komedi2 entah apa-apa. Atau tentang keganasan dunia anak muda yg tidak realistik.

Aku sudah benar-benar bosan dan kecewa dengan apa yg dihidangkan oleh kebanyakkan pengarah filem komersial ini.

kalau aku jutawan, akan ku bagi 10 juta euro seorang utk encik-encik yg berikut-hasan muthalib, mansur putih, adman salleh, hishamuddin rais, james lee, namron, tan chui mui, linus, amir muhammad atau siapa saja yg dapat menghasilkan filem yg memberikan “every shot is a thought”.

Alangkah indahnya kalau ia dapat menjadi kenyataan.

0 comments: